Pengunjung

Saturday 16 July 2011

Komponen 1 : Pengurusan


  1. Mewujudkan visi dan misi pendidikan alam sekitar berdasarkan Falsafah Pendidikan Negara.
  2. Menjadikan pendidikan alam sekitar sebahagian daripada perancangan kurikulum dan kokurikulum tahunan sekolah.
  3. Menubuhkan Jawatankuasa Sekolah Lestari yang terdiri daripada pentadbir, ahli PIBG, guru, kakitangan sokongan, dan wakil pelajar.
  4. Mewujudkan kerjasama antara pihak sekolah dengan Jabatan Alam Sekitar (JAS), Jabatan Sekolah, dan Pusat Pembangunan Ko-kurikulum Kementerian Pelajaran dan lain-lain agensi untuk pelaksanaan program-program pendidikan alam sekitar.
  5. Mewujudkan dan memantapkan koleksi bahan bacaan, rujukan dan multimedia alam sekitar di pusat sumber sekolah.
  6. Menyebarkan mesej alam sekitar dalam perhimpunan.
  7. Memberikan pendedahan mengenai nilai-nilai alam sekitar kepada ahli PIBG dan memperuntukkan kewangan yang mencukupi dari tabung PIBG untuk membiayai program pendidikan alam sekitar.
  8. Menganjurkan bengkel, ceramah, dan kursus alam sekitar kepada warga sekolah.
  9. Mengadakan dan melaksanakan peraturan sekolah yang berkaitan dengan alam sekitar.
  10. Memastikan pihak pengusaha kantin melaksanakan amalan mesra alam dan menguruskan pelupusan bahan buangan secara terancang.
  11. Menyediakan sudut maklumat alam sekitar di bilik darjah dan kawasan tertentu sekolah.
  12. Merancang, mengurus, dan memantau pelupusan sisa buangan berbahaya/ toksik seperti sisa-sisa makmal/ bengkel/ Ekonomi Rumah Tangga (ERT)/ Kemahiran Hidup secara selamat melalui peraturan yang ditetapkan.
  13. Menyediakan laporan panitia untuk memastikan guru panitia melaksanakan pendidikan alam sekitar merentasi kurikulum menggunakan format yang disediakan.
  14. Memberikan pengiktirafan kepada individu atau kumpulan yang menyumbang dan terlibat secara aktif dalam melaksanakan program pendidikan alam sekitar.
  15. Merancang aktiviti penyebaran maklumat kepada masyarakat setempat untuk meningkatkan alam sekitar.

No comments:

Post a Comment