Pengunjung

Sunday 31 July 2011

Pertandingan Kitar Semula Kertas


AKTIVITI : PERTANDINGAN KITAR SEMULA KERTAS
TARIKH   : 21 - 29 JULAI 2011
LOKASI    : BELAKANG BILIK DOKTOR MUDA
PENYERTAAN : MURID DAN IBU BAPA
PENYELARAS : - PUAN NOORJANNAH BINTI NOORDIN
                          - CIK NURUL HIDAYAH BINTI ISNIN
                          - CIK NURUL NORSILAH BINTI ROSLIN

Kertas yang dihantar oleh murid ditanda mengikut kelas
untuk ditimbang.

Hari pertama Pertandingan Kitar Semula Kertas

Kertas yang dihantar di dalam plastik, disusun dan
diikat semula.

Alat penimbang yang digunakan untuk menimbang kertas.
Sumbangan Makmal Sains.

Jumlah kutipan kertas Hari Kedua.

Murid diajar dan dilatih untuk mengikat sendiri
kertas yang ingin dihantar.

Kertas-kertas yang dikumpul ditutup dengan kanvas bagi
mengelakkan basah terkena hujan.


KEPUTUSAN TERKINI PERTANDINGAN KITAR SEMULA KERTAS SEHINGGA 28 JULAI 2011 


Sunday 24 July 2011

Projek Taman dan Landskap

Projek Taman dan Landskap telah dimulakan pada awal bulan Julai.
Setiap panitia telah dibahagikan lokasi taman/ landskap mengikut stesen yang disediakan.
Mereka perlu bekerjasama mengikut panitia masing-masing untuk mengindahkan dan menjadikan stesen mereka menjadi suatu kawasan yang bermakna dan bermanfaat.
Senarai panitia mengikut tapak taman/ landskap akan dimuat turun kemudian.


TAPAK 1
Lokasi : Kawasan di hadapan Bilik Pendidikan Khas
Jenis Taman : Taman herba dan tanaman masakan
Kelolaan : Panitia Pendidikan Khas

Guru Pendidikan Khas, Puan Nurul dan lain-lain sedang membersihkan tapak semaian pokok.




Batas sudah siap dibuat bagi tujuan penanaman sayur-sayuran.

Saturday 23 July 2011

Majlis Pelancaran Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar

PROGRAM : MAJLIS PELANCARAN SEKOLAH LESTARI ANUGERAH ALAM SEKITAR (SLAAS)
HARI : ISNIN
TARIKH : 11 JULAI 201
MASA : 7.30 - 8.30 PAGI
TEMPAT : DEWAN SK SRI TEBRAU
DIRASMIKAN OLEH : CIK HAJAH MAZNAH BINTI ABD HAMID (GURU BESAR SKST)





Sekolah Kebangsaan Sri Tebrau, Johor Bahru telah terpilih mewakili negeri Johor untuk menyertai Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar ke peringkat kebangsaan.

Guru Besar Sekolah Kebangsaan Sri Tebrau, Cik Hajah Maznah Binti Abdul Hamid merasmikan Majlis Pelancaran Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar.
Guru Penolong Kanan Kokurikulum, Puan Noorjannah Binti Noordin meminta hadirin melihat tayangan video montaj yang akan dipersembahkan,


Tayangan video montaj selama 5 minit sebagai mengakhiri Majlis Pelancaran Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar.



Penghargaan Kepada :

Guru Besar SKST
Guru-guru penolong kanan
Guru-guru
Murid-murid
Cik Nurul Norsilah Binti Roslin (guru praktikum) - penyedia pamplet
Cik Nurul Hidayah Binti Isnin (guru praktikum) - penyedia video montaj

Saturday 16 July 2011

Penilaian

KRITERIA PENILAIAN
  1. Pengurusan
  2. Kokurikulum
  3. Penghijauan

PENSIJILAN DAN PENGANUGERAHAN

2 KATEGORI :
  1. Kategori sekolah rendah
  2. Kategori sekolah menengah
PENSIJILAN PERINGKAT NEGERI :
  1. Kategori Gangsa:
  2. Kategori Perak : 
Hadiah untuk sekolah dan markah keseluruhan tertinggi di peringkat negeri:
  1. Sijil Sekolah Lestari
  2. Wang tunai RM2000
 PENGANUGERAHAN PERINGKAT KEBANGSAAN :

 Hadiah untuk sekolah dan markah keseluruhan tertinggi di peringkat negeri:
  1. Sijil Anugerah Sekolah Lestari
  2. Wang tunai RM10 000

Komponen 4 : Penghijauan


  1. Program sekolah dalam taman/ landskap.
  2. Program penanaman menggunakan baja organik.
  3. Program satu pelajar satu pokok.
  4. Program penanaman, pemeliharaan, dan pemuliharaan pokok-pokok dari spesis yang sesuai.
  5. Melabelkan nama-nama saintifik dan tempatan pokok.
  6. Projek membuat baja kompos.
  7. Penubuhan stesen pembelajaran.
  8. Penyelenggaraan kawasan padang.

Komponen 3 : Kokurikulum


  1. Melaksanakan aktiviti pendidikan alam sekitar dalam perancangan tahunan untuk unit berpakaian seragam / kelab/ persatuan.
  2. Menganjurkan Kempen Kesedaran Alam Sekitar.
  3. Mengadakan Program Kitar Semula.
  4. Menganjurkan permainan atau sukan bertemakan alam sekitar seperti Larian Hijau, Enviro-Hunt, Enviro-Walk, Enviro-Bike, dan lain-lain.

Komponen 2 : Kurikulum


  1. Menerapkan nilai-nilai pendidikan alam sekitar dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P)
  2. Melaksanakan modul rancangan pengajaran dan pembelajaran alam sekitar merentas kurikulum.
  3. Menganjurkan program/ bengkel/ seminar untuk mendedahkan pendidikan alam sekitar kepada guru (telah dilaksanakan di sekolah-sekolah berdasarkan KBSM & KBSR).